P. Kalimuthu
P. Kalimuthu

P. Kalimuthu

P. Kalimuthu, yang dilahirkan sebagai Kalimuthu a/l Pakirisamy (22 Januari 1961 - 29 Jun 1993) tetapi lebih dikenali sebagai Bentong Kali ialah seorang penjenayah Malaysia[1] yang menjadi kemasyhuran negara pada 1990-an.[2] Beliau terbabit dalam 17 kes bunuh yang berbeza; terlibat dengan beberapa kes keganasan, peras ugut dan penyeludupan heroin. Beliau juga menjadi tajuk utama apabila mencabar polis untuk menahannya. Beliau telah ditembak mati oleh Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur.[3][4][5]

P. Kalimuthu

Pekerjaan Penjenayah
Nama lain P. Kalimuthu, Bentong Kali
Denda jenayah Pembunuhan, keganasan, peras ugut, penyeludupan dadah, kongsi gelap.
Terkenal kerana Melakukan tembakan pada jarak dekat, peras ugut, penyeludupan dadah dan senjata api
Meninggal dunia 29 Jun 1993(1993-06-29) (umur 32)
Medan Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
Status jenayah Ditembak mati
Sebab kematian Ditembak mati
Kelahiran Kalimuthu a/l Pakirisamy
(1961-01-22)22 Januari 1961
Bentong, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)